ADAKAH KITAB SUCI ORANG KRISTIAN TELAH DIPESONGKAN ATAU DIUBAH? Surat terbuka ini ditujukan dengan penuh hormat kepada: YB Dr Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh Ahli Parlimen Pasir Puteh Yang Berhormat, Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat pada tanggal 26 Ogos 2020 bahawa Kitab Injil, iaitu Kitab Suci Umat Kristian, telah dipesongkan atau diubah. Kenyataan yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat telah melukakan perasaan orang-orang Kristian di negara kita. Tetapi apa yang lebih penting lagi adalah hakikat bahawa kenyataan Yang Berhormat itu sebenarnya salah dan tidak sesuai dengan fakta sejarah. 1) Seperti Yang Berhormat, saya juga menceburi bidang pengajian dialog antara agama. Setahu saya, Al-Quran memperakui kesahihan semua Kitab Suci yang telah disampaikan kepada para nabi dan Yesus sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT untuk mengesahkan kesemua Kitab Suci itu (Al-‘Imran ayat 3, Fatir ayat 31, Yunus ayat 37, Al-Baqarah ayat 97 & 285, Al-Nisa ayat 47). Sangat logik untuk difikirkan jika terdapat sebarang korupsi di dalam Injil Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT sudah tentunya memberi amaran kepada Rasulullah SAW tentang kepalsuan yang akan berlaku. Namun demikian, apa yang kita lihat daripada Al-Quran adalah pengiktirafan kepada kebenaran Kitab Suci orang Kristian. 2) Nabi Muhammad SAW sendiri, ketika masa hidupnya sebagai nabi kepada umat Islam, tidak pernah meragui kebenaran Kitab Injil. Beliau menegaskan bahwa Kitab Taurat (yang menjadi Kitab bagi orang Yahudi) dan Injil (Kitab bagi orang Kristian) adalah alat yang boleh dipercayai untuk membuktikan kebenaran ajaran-ajaran beliau. Beberapa petikan daripada Quran secara tersirat dan dengan jelas mengesahkan bahawa umat Kristian dan Yahudi, juga dikenali oleh umat Islam pada zaman itu sebagai “Ahli Kitab”, supaya mengkaji dan mengamalkan kandungan daripada setiap kitab-kitab suci (Al-Baqarah ayat 41 & 79, Al-‘Imran ayat 71, Al-Maidah ayat 47, Al-Nisa ayat 47). Sebenarnya, terdapat tuduhan di dalam Al-Quran bahawa orang Yahudi telah mengubah ayat-ayat Kitab Suci mereka (Al-Baqarah ayat 59, Al-‘Araf ayat 162). Akan tetapi, tuduhan sebegitu terhadap penganut Kristian tidak wujud sama sekali. Malah, kesahihan terjemahan Alkitab kita tidak pernah dipersoalkan sehinggalah tahun 1046 Masihi, iaitu lebih 400 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. 3. Pada tahun 1046 Masihi, setelah menjumpai percanggahan antara kandungan Alkitab dan Al-Quran, Ibn-Hazm menuduh bahawa Alkitab telah diubah dan dipesongkan: “Memandangkan Quran adalah semestinya benar, tulisan Injil yang bercanggah itu adalah palsu. Namun Muhammad memberitahu kita untuk menghormati Injil. Oleh itu, teks yang ada pada masa sekarang tentulah telah dipalsukan oleh orang Kristian selepas zaman Muhammad.”[1] Ibn-Hazm berpendapat sedemikian: “Jika kita membuktikan kepalsuan dalam buku-buku mereka, mereka akan kalah dalam hujah-hujah yang diambil daripada mereka.”[2] Malahan, beliau mempropagandakan bahwa “orang-orang Kristian telah kehilangan Injil yang diturunkan kecuali sedikit jejak-jejak yang ditinggalkan oleh Allah sebagai bantahan terhadap mereka.”[3] Akan tetapi, pandangan Ibn-Hazm tidak mendapat sokongan sebulat suara di kalangan para sarjana Islam. Ramai sarjana Islam lain yang tidak berpegang kepada pendapat beliau. Sarjana-sarjana Islam berikut adalah mereka yang menerima ketulenan teks Injil: Ali al-Tabari (meninggal pada 855 Masihi), Amr al-Ghakhiz (869 Masihi), Bukhari (810-870 Masihi), Al-Mas’udi (956 Masihi), Abu Ali Husain Bin Sina (1037 Masihi), Al-Ghazzali (1111 Masihi), Ibn-Khaldun (1406 Masihi), Tuan Sayyid Ahmad Khan (Pengasas Kolej Aligarh), dan Fakhruddin Razi. 4. Sebagai seorang ahli akademik, saya pasti Yang Berhormat sedar bahawa walaupun tuduhan sering dibuat tentang bagaimana umat Kristian telah mengubah Kitab Injil, tidak ada sebarang bukti kukuh yang memihak kepada tanggapan ini. Lagipun, adalah sukar untuk melihat kemungkinan bahawa kedua-dua orang-orang Yahudi dan Kristian, yang mana memegang Kitab Suci mereka sebagai penjaga simpanan yang sangat penting dalam keimanan, akan pula merosakkan kandungan Kitab Suci mereka yang bertujuan untuk diturunkan kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka supaya keturunan mereka akan menerima simpanan iman kepercayaan yang sudah tercemar. Malah, Alkitab Kristian mengandungi petikan yang menunjukkan bagaimana orang Yahudi serta orang-orang Kristian tidak dibenarkan untuk mengubah Kitab sesuka hati mereka (Ulangan 4:2, 13:1; Amsal 30:5, 6; Wahyu 22:18,19). Sebagai tambahan, bermulanya kemunculan Islam, Alkitab telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan cubaan untuk mencemarkan kandungannya untuk tujuan penterjemahan sebenarnya amatlah mustahil. Orang Yahudi dan Kristian telah menduduki kebanyakan penempatan di Eropah, India, Parsi, Mesopotamia, Armenia, Asia Kecil, Palestine, tanah Arab, Ethiopia, Mesir dan seluruh Afrika Utara. Selain itu, orang-orang Yahudi dan Kristian ini juga bertentangan dengan satu sama lain menjadikan sebarang percubaan oleh salah satu pihak untuk merosakkan Kitab Suci pastinya mendapat reaksi provokasi oleh pihak bertentangan. Namun, sehingga hari ini, orang-orang Yahudi terus memegang kitab Perjanjian Lama dalam bahasa Ibrani manakala orang Kristian terus menyanjungi kitab Perjanjian Baru dalam bahasa Yunani. Perlu diingatkan juga bahawa pada zaman awal perkembangan Islam, agak banyak bilangan orang Yahudi dan Kristian yang telah memeluk agama Islam. Golongan yang baru bertukar agama inilah yang terbaik untuk membuka pekung orang Yahudi dan Kristian jika terdapat kerosakan penggubahan Kitab Suci mereka. Namun demikian, sehingga kini tidak terdapat sebarang rekod salinan sama ada kitab Taurat ataupun Injil telah dibuktikan tuduhannya bahawa telah dipinda. 5. Pada tahun 1947, seorang gembala Badwi yang bernama Muhammad (Ahmed el-Dhib) sedang mencari kambingnya yang hilang dan terjumpa bukaan kecil sebuah gua di sepanjang Laut Mati. Peristiwa kecil ini akhirnya membawa kepada penemuan sejumlah besar skrol – salinan Kitab Perjanjian Lama – dibuat dan tersembunyi di sana oleh mazhab Yahudi yang dipanggil Essenes yang mana telah berundur ke padang pasir Qumran dari seawal abad ketiga Sebelum Masihi. Diantara tahun 1952 dan 1956, penyelidikan selanjutnya telah mendedahkan ribuan manuskrip lain yang berharga di dalam sepuluh gua berlainan yang berdekatan. Ini juga dikenali sebagai Skrol Laut Mati. Para sarjana telah menggunakan pelbagai alat dan kaedah untuk mengetahui tarikh usia sesuatu benda telah mencapai kesimpulan sebulat suara bahwa skrol-skrol ini adalah bertarikh antara abad ketiga Sebelum Masihi dan abad pertama Masihi. Walaupun kebanyakan teks-teks ini ditulis dalam bahasa Ibrani, terdapat juga skrol yang ditulis dalam bahasa Aramaik dan Yunani. Sehinggalah pencarian di Qumran ini, manuskrip Perjanjian Lama yang tertua yang ada dalam pegangan kita adalah salinan-salinan daripada manuskrip dari abad kesembilan dan kesepuluh Masihi. Namun dengan skrol dari Qumran ini, kita sekarang mempunyai manuskrip yang berusia lebih daripada ribuan tahun. Fakta yang menakjubkan adalah bahawa semua manuskrip dari kedua-dua era tersebut telah dikaji dan dikenalpasti mempunyai perbezaan yang begitu kecil, oleh kerana faktor salinan, sehingga langsung tidak mempengaruhi maksud kepada teks-teks asal. Manuskrip terawal yang lain daripada Alkitab yang ada pada tangan kita pada hari ini merupakan kelangsungan konsistensi yang berterusan sesuai dengan penterjemahan yang terbaru. Manuskrip purba ini telah ditulis di atas kertas kulit dan kesahihannya disokong sebulat suara oleh kedua-dua golongan ulama dan ilmuwan sekular. A) Siniatik (Codex Sinaiticus) telah ditulis pada pertengahan abad keempat, lebih kurang 270 tahun sebelum kemunculan Islam. Manuskrip ini mengandungi kesemua Perjanjian Baru dan sebahagian besar daripada Perjanjian Lama. Ia dipelihara dengan baik di Muzium British di London. Dengan mengambil kira semua yang telah dibentangkan, ini adalah bukti bahwa Alkitab yang digunakan oleh orang Kristian bukan saja bebas daripada sebarang kerosakan, malah lebih lagi, kesinambungan mesej dari versi terawal kepada yang lain sangat menakjubkan dan dipelihara dengan begitu teliti sekali di sepanjang zamannya.
Yang Berhormat, fakta-fakta yang saya kemukakan di atas bukan bermaksud untuk memburukkan kepercayaan agama lain atau memujuk orang lain untuk menukar agama mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus saling menghormati kebudayaan dan kepercayaan antara sesama agar masyarakat kita dapat wujud secara berharmoni. Tetapi, sebagai seorang umat Kristian dan ahli akademik, ia juga menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan fakta-fakta yang salah mengenai agama saya yang disebarkan secara terbuka, kerana ucapan-ucapan sebegini berpotensi untuk mempengaruhi persepsi orang-orang yang kurang pemahaman. Seperti Yang Berhormat, ini adalah bidang pengajian saya, dan saya sama sekali tidak berhasrat untuk memburukkan mana-mana agama. Saya dan semua umat Kristian di Malaysia akan terus berdoa agar masyarakat kita dapat mencapai kebahagiaan dan kedamaian yang kita idamkan. Sekian sahaja. Terima kasih. Yang benar, DR SHERMAN KUEK OFS Leading Research Fellow Christian Institute for Theological Engagement Notes: [1] I. Di Matteo, `Il "takhrif" od alterazione della Bibbia secondo i musulmani', Bessarione 38 (1922) 64-111; 223-260; `Le preteze contradizzioni della S. Scrittura secondo Ibn-Hazm', Bessarione 39 (1923) 77-127. [2] Ibn Hazm, Kitab al-fasl fi'l-milah wa'l ahwa'l nikhal, II,6. [3] Ibn Hazm, Kitab al-fasl fi'l-milah wa'l ahwa'l nikhal, II,6.
94 Comments
Obadiah Leong
30/8/2020 05:58:14 am
Well done Rev Deacon
Reply
Edmund Wong
30/8/2020 10:38:59 am
Great writing. I am very grateful of this answer that will help many faithful to understand it. I am an ex Seminarian at ST PETER'S COLLEGE KUCHING.
Reply
Uln
30/8/2020 12:18:33 pm
Not stating bible fact itself. Non academic comparison which need to bring more facts. No explanation on old testament and new testament...im curious to know....all 3 main religion from middle east...but why ours suddenly come with trinity concept? Mmm...
Reply
Awui
30/8/2020 12:52:09 pm
As long as you believe that the Lord Jesus is God and the savior, you will be safe!.. the concept of the trinity or oneness and divinity of God is certainly difficult to express by human thought!.. in fact it is quite impossible for man to really understand the divinity of God, but the Bible has given a little shadow of how man can understand the divine concept of our creator God (tauhid or the unity of God) .. believe it by test the word of God! if it can teach you to lie because of God, teach you can kill others because of differences of faith! that is definitely not the word that came from the Lord!! God Blessed You my friend amennn..
Reply
Edward
1/9/2020 12:30:36 am
I suggest you to subscribe to Christian Prince youtube channel or just type Christian Prince and you will learn so much more than what you currently know and understand. Without guidance, of course you are as lost as a child. Learn from him. He can teach you a lot of things about trinity not from the bible but from alquran directly. Surprised? Dont be, just listen to his talks. You may be a changed man.
Reply
Gregory Molykee Kaling
4/9/2020 06:53:50 am
You're even a Christian in stating n questioning the trinity. Go back to the bible n find out what is trinity or ask someone who are well versed in scripture. If you say you're you are Christian but stilk questioning the trinity you are not a Christian or never open up yr Bible for so long or you don't have one. Srry for the comment.
Reply
George Abel
30/8/2020 12:22:23 pm
Well don Rev. Deacon and God Blesd
Reply
Malini
30/8/2020 12:26:19 pm
Very impressive and very well explained.
Reply
Elizabeth Jimen
30/8/2020 12:36:41 pm
Well - done, deacon. Timely response to such accusation. I'm sure this article will help many christians out there.
Reply
Awui
30/8/2020 12:57:00 pm
Very moderate explanation but has a very deep meaning.. God blessed you dear Rev. Deacon
Reply
Teresa Rajoo
30/8/2020 12:57:43 pm
Well done Deacon. I always thought why no one is giving an answer to all the accusations as regards our Bible. Bravo!! God bless 🙏
Reply
Dilih ( Sabah)
30/8/2020 01:07:12 pm
GBU Dr. Comprehensive explanation.
Reply
Andrew Pung
30/8/2020 01:23:52 pm
Deacon Dr Sherman actually covered most of these in his talks. Do look out for his interesting and informative talks / formations and even pilgrimages he leads. They are informative and enjoyable.
Reply
George Daniel Gainh
30/8/2020 01:27:37 pm
Well done Rev
Reply
JCQ
30/8/2020 02:51:55 pm
Amen amen amen
Reply
Angeline Lesslar
30/8/2020 04:21:18 pm
Sherman, this PAS guy refused to apologise but wants a dialogue. Take him up on his offer n dialogue with him n show d world how shallow he is just like Zakir Naik. The problem is they they r very familiar with d Old Testament but not d New. So they r unaware of Jesus teachings n his miracles or claims to be God.
Reply
Joseph Philip
30/8/2020 07:02:06 pm
...Let David wood confront zakir Naik... which zakir Naik is afriad of... anywhere... well done Rev Sherman... many more God Wisdom fall on you...God Bless.
Reply
Edward
1/9/2020 12:37:13 am
Or for that matter, Christian Prince. He has been exposing countless lies and deceptions that even Zakir Naik will walk off with his tail between his legs. Everybody should listen to him and subscribe to his channel and learn a lot of things. Even the Indonesian apologetics are good to listen to. Just search in the youtube. But to get a lot of lnowledge and informations, I strongly suggest to listen to Christian Prince for his vast knowledge in this matter.
Reply
Matt Balamun
30/8/2020 07:14:27 pm
Welldone n Bravo.....
Reply
Geogina Alina kirry
30/8/2020 10:54:31 pm
Very good explanation.. Praise The Lord... Tq. Dec. Sherman...
Reply
St. Michael
31/8/2020 12:30:05 am
Well Done, & God Bless, Rev.. Soli Deo Honor Et Gloria..🙏🙏🙏
Reply
Patrick Anek Uren
31/8/2020 02:10:46 am
I read a book on the topic on Blessed Trinity by Saint Augustine Paul. In the last paragraph he wrote that one can never understand why there is 3 God in One God, the Blessed Trinity i.e God the Father God the Son and the Holy Ghost. Just like it is not possible to count the numbrr of sand scouped out from the sea beach using one or two palms of both hands, or even using one hand, let slone count the number of sand in all the beaches of the world thats how difficult it is to try to understand why the 3 God in One God. Augustine Paul says that one just have faith and he can be saved without having to understand the mystery. One's lifetime is too short in a generation to undrrstand all these. And just by faith one can be saved. So I woild not bother to understand "THE WHY THERE IS 3 GOD IN ONE GOD". Suffice it for me by reading the Bible and listen to Jesus who talks of his Father, and the Bible itself tells me that Jesus was the son of God the Father born of the Virgin Mary by the power of the Holy Spirit I believe in God the Father The Son and the Holy Spirit is one God. Believing in Jesus Christ, the Son of God I can be saved.Amen
Reply
Patrick
31/8/2020 04:57:45 am
Reply
ALBERT
31/8/2020 06:31:41 am
Terima kasih atas perkongsian. Maklumat yg dikongsi amat berguna utk umat Kristian dan juga yg bukan Kristian. Info ini dgn sendirinya telah mematahkan tuduhan palsu yg dilontarkan oleh umat Islam selama ini. God bless you Dr. Sherman.
Reply
Simone
31/8/2020 07:36:33 am
Good morning fellow Brothers & Sisters,
Reply
Del
31/8/2020 08:31:33 am
Someone explained to me the concept of Holy Trinity using an apple.
Reply
Suzie
31/8/2020 11:49:52 am
Very good explanation. Bravo Dr
Reply
Rossir
31/8/2020 12:59:57 pm
WELL DONE DR. SHERMAN
Reply
Bodon Kaaling
31/8/2020 03:16:00 pm
Sangat diharapkan jawaban yang padu dari pihak Kristian dan terutamanya Gereja Katolik untuk membidas tohmahan yg tidak berasas. Sebarang provokasi yg langsung tidak sensitif mesti diambil tindakan.
Reply
Leon Rethual
31/8/2020 07:16:17 pm
Thank you Dr Sherman for your wise and factful rebuttal. May God continue to bless you with wisdom.
Reply
NORIS BIN MARLIN
31/8/2020 08:59:00 pm
Thank you Dr.
Reply
Melbourne
31/8/2020 10:27:00 pm
Yes..i agree wt u
Reply
Herman Liansim
1/9/2020 12:32:21 am
Very informative. Keep up the Lord's work. God bless.
Reply
Malatin Majuling
1/9/2020 09:39:09 am
Terpujilah Tuhan 🙏🙏🔥🔥😇
Reply
Theresa soon
1/9/2020 11:35:44 am
Well done Dr. Sherman. GBUA.
Reply
BC Joseph
1/9/2020 09:24:07 pm
God is the Father,in Him there is the Word (the Son) and the Holy Spirit.Without the Word,God cannot speak,without the Spirit,God is a dead God.Yhe Word came out from the Father and became Man,the Spirit also came out of the Father and dwell in us .God must b Trinity,without this,God is an idol
Reply
Remeddie
1/9/2020 11:48:17 pm
Extremist thinking will display imbalance thought and lose the sense of true understanding and consideration. He (Yang berhormat) has forgotten that the more he condemns and downgrades other religions, it will lead his own people to curiousity to know and learn why. He should remember that curiousity kills the cat.
Reply
Sam
2/9/2020 08:13:35 am
Memang kitab injil kristian telah diubah sepenuhnya..
Reply
Hela
2/9/2020 08:54:28 am
sila sertakan bukti kenyataan dgn sumber berasas ya saudara seandainya boleh mnyokong kukuh komen saudara ini..
Reply
Sam
9/9/2020 05:15:29 pm
Sejuta bukti saya lampirkan tidak akan berguna kepada saudara kerana hidayah atau petunjuk itu tidak akan hadir di dalam diri hanya untuk mencari kesalahan satu pihak. Jika benar2 ingin tahu dimana lencongan kitab injil maka buat lah kajian bermula dari kitab injil yang ada d tangan anda. Saya meyakini Nabi isa, malah segala suruhannya saya ikut. X boleh minum arak, tutup rambut, bersunat dan sebagainya.. semua itu adalah ajaran nabi Isa. Kalau begitu saya ini lebih kristian drpd saudara kerana ajarannya saya amalkan dalam kehidupan. Kitab injil yang sebenar ada, saya memang yakin kalau kitab injil itu ada tapi kitab injil yang sebenarnya2 disimpan kemas oleh satu pihak yang tidak mahu kitab ini ditayang semula kepada org ramai. Kamu ramal sendiri kesan apa berlaku jika kitab sebenar ini ditayangkan kepada khalayak ramai.. sebab itu wujudnya kitab injil lama dan baru.. sedangkan kitab injil lama itu sudah ada perubahan2 apatah lg kitab injil baru yg ada sekarang ini. Kitab injil baru kebanyakan isinya diubah oleh pihak Rome semasa cuba menguasai eropah demi kepentingan kuasa.
Awui
5/9/2020 09:36:39 am
Hanya alquran yg asli, ya asli 100% ciptaan manusia👍
Reply
Sam
9/9/2020 05:26:55 pm
Anda bebas memberi pendapat. Namun saya minta tunjukkan satu ayat yg Jelas didalam bible bahawa Nabi Isa meminta umatnya menyembahnya sebagai tuhan. Saya ingin sekali tahu jika ayat ini ada dalam kitab anda. Kerana dalam Al quran mmg jelas sekali Allah adalah pencipta langit dan segala isi bumi dan hanya dy sahaja yg layak disembah, sementara Nabi2 spt nabi Isa, nabi Muhammaf, nabi sulaiman, nabi Nuh dan ramai lg itu cumalah penyampai wahyu daripada Allah.
Awui
13/9/2020 02:12:54 pm
My Bro Sam, banyak sekali ayat-ayat dalam Bible menunjukan KetuhananNya Yesus, sebelum itu harus di ingat, para iman & farisi Yahudi@Isreal ketika itu berusaha membunuh Yesus sebab mereka tahu sangat kata-kata Yesus diumpamakan sebagai menghujat Tuhan Esa mereka kerana pengakuan2 tersirat Yesus bahawa Dia adalah Tuhan itu sendiri! So kami pun tidak heran akan wujud “Golongan Iman&Farisi Yahudi Lain” setelah kenaikan Yesus ke sorga! (naa mari kita lihat ini.. selama di dunia Dia mengampuni dosa manusia; Dia awal dan akhir; Dia firman Allah; selepas bangkit dari antara orang mati [bukti Dia telah mengalahkan maut] Dia bersama murid2Nya selama 40 hari lagi sebelum kembali ke kerajaanNya di Sorga dengan Dia menunjukan sedikit kuasa keilahianNya spt. muncul tiba2 di tengah2 murid2nya walaupun semua pintu di tutup [bila ada murid2 takut disangka hantu, Yesus menyuruh mereka menyentuhnya sebab Dia berkata jika dia roh ia tiada bertubuh,bertulang dan berdarah] dan Dia juga hilang begitu saja tanpa disedari); malah kenaikan Yesus ke sorga disaksikan oleh kira-kira 600 saksi-saksi mata [tapi Alquran kata Nabi Isa diangkat ke langit ke-2 @ Ke-3 karangan siapa aku pn tak tau lah].. tapi ingat Firman Allah yang telah menjadi manusia itu misinya adalah 1 untuk menjadi korban sejati untuk pengampunan dosa manusia kerana dosa saya dan anda (termasuk dosa bro Sam dan kaum kerabatmu, sayangnya kamu tidak mengenal DIA!) DIA harus mati di kayu salib untuk mengalahkan maut (kerana upah dosa alalah maut!). Oh ya lupa maaf bro Sam, Tuhan Yesus dalam Bible dan Nabi Isa dalam Alquran itu adalah peribadi yang BERBEZA ya (Nabi Isa itu bukan lah Yesus TuhanNya kristian! Kalau tidak percaya sila kaji sendiri).. yang menyamakan Tuhan Yesus dgn Nabi Isa itu adalah agama anda yg wujud 600 ratus selepas kenaikan Tuhan Yesus ke sorga!! Boleh percaya ker?
Awui
13/9/2020 02:21:06 pm
Sambungan utk Bro Sam :-)
Carlos Vincent
14/9/2020 05:47:34 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 05:51:31 am
rupanya ada limit plak ruang komen ne...ok,ne sambungan dari hujah pertama saya....
Carlos Vincent
14/9/2020 05:53:14 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 05:54:45 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 05:55:46 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 05:57:56 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 05:58:54 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 06:00:09 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 06:00:17 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 06:01:04 am
Awui mengatakan,
Carlos Vincent
14/9/2020 06:04:39 am
Kesimpulan
Awui
15/9/2020 02:21:02 pm
Carlos Vincent oh Carlos Vincent (sifu nya bro sam ya ),
Awui
15/9/2020 02:43:15 pm
Carlos Vincent oh Carlos Vincent (sifu nya bro sam ya :-)),
Carlos Vincent
17/9/2020 04:16:41 am
Awui menulis,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:17:32 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:18:06 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:18:45 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:19:19 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:19:53 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:20:34 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:20:52 am
Awui berkata,
Awui
17/9/2020 03:29:43 pm
Kata Carlos:
Awui
17/9/2020 03:37:21 pm
Kata Carlos:
Joseph Philip
10/9/2020 12:53:15 pm
Sam... yang dihormati.... sila sertakan credential yang mengasahkan kamu ada belajar Bible...tolong Jangan memalukan diri jika tiada ilmu dalam bidang pembelajaran Kitab Suci...
Reply
Steph
11/9/2020 02:41:16 pm
Hahaha,nampaknya si sam ni dia masih tidak percaya kuasa Tuhan..biarkan aja dia,kita xtau Allah mana yg dia sembah.Tuhan Alllah boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak dia.itu lah kekuasaan Tuhan.masih lagi kata tidak percaya,kata percaya kepasa Tuhan,tapi pada masa yang sama masih tidak percaya.lucu sangat agama dia org..agama budak2.
Awui
13/9/2020 02:57:21 pm
Joseph Philip, kita layaannn... bagus tuan layan ini video berkenaan keaslian kitab mereka, kita bukan omong kosong tuduh2 guna sumber tulisan ulamak mereka sendiri (siuk sendiri).. kita bagi bukti dgn pengakuan ulamak dorg sendiri hihihiii,,,, ok layan ini video :-)
Jason King
14/9/2020 06:08:22 am
Saya ada credential dalam belajar Bible. Mau debat dengan saya Joseph Philip? hehe
Carlos Vincent
14/9/2020 06:13:41 am
Awui menulis,
Awui
15/9/2020 03:20:32 pm
Carlos Vincent sahabatku.. tak tengok betul2 ya video itu, takut terpesong akidah kah hihihi.. Shabir Ally kata lapisan bawah naska asal telah di "MUSNAHKAN", lapisan pertama itu yg diambil dan mirip (mirip ya bukan exactly!) dengan kitab yang kalian simpan sehingga sekarang diseluruh dunia (tapi mirip yang mana satu daripada lebih 30 kitab asli berlainan versi ya? mungkin Carlos tahu?).
Carlos Vincent
17/9/2020 04:35:34 am
Awui berkata,
Carlos Vincent
17/9/2020 04:35:58 am
Awui berkata,
Awui
17/9/2020 04:00:31 pm
Carlos berkata:
Awui
17/9/2020 04:05:47 pm
Apaa.. Nabi kami tidak percaya.. sebab yang dlm bible sekarang telah dipesongkan, ini semua kerja Paulus! bukti lain drpd biblical scholar spti Robert Walter Funk dan kawan2nya pun menyokong kamu... hihihi
Sam
4/11/2020 06:46:08 pm
Adakah Salah Mengatakan Bible Telah Terpesong?
Stephanie
11/9/2020 02:29:38 pm
AlQuran lebih terpesong dan bnyak dari kata2 manusia n bukan Allah..
Reply
Awui
13/9/2020 02:30:37 pm
Stephanie, jangan kasih ketara itu keb*****n bilang :-)
Paulina Moll
14/9/2020 06:07:17 am
ya ka
Awui
15/9/2020 03:38:59 pm
Paulina Moll.. sudah kaji? Really? kalau berani cuba baca buku ini..
Paulina Moll
17/9/2020 04:40:04 am
buku "The Deception of Allah" adalah rekaan Christian Prince.
Awui
17/9/2020 03:57:28 pm
Paulina:
Mic Azary
2/9/2020 08:33:47 am
Terima kasih untuk penulisan yang baik, khususnya untuk meresponi tindakan dari wakil rakyat Pasir Puteh
Reply
Edwin Bin Saidi
3/9/2020 11:31:48 am
Terima kasih atas penjelasan yang sangat akademikal saya harap wakil rakyat dari PAS juga dapat mengemukakan hujah yang berfakta dan tidak sekedar cakap kosong
Reply
Valentino Rossa
5/9/2020 07:24:01 pm
kelihatannya blog bapak udah dijawab oleh muslim :
Reply
Ben George
7/9/2020 11:07:47 am
Any English version of Rev. Dr. Quek's above letter?
Reply
Mohamad fitri
9/9/2020 04:06:44 am
Dr sherman..i love this writing..that yb has to learn common sense band respect
Reply
Joseph Philip
10/9/2020 12:56:24 pm
Shalom Bro... thanks for your affirmation
Reply
Stephanie
14/9/2020 06:05:30 am
are you muslim?
Reply
MR.J
8/8/2023 01:11:36 pm
Ya Alquran mengakui kitab Taurat zabur injil...Tapi perlu di jelaskan disini
Reply
Leave a Reply. |
Categories
All
Archives
December 2021
|